Takaful Percuma Untuk Rakyat Malaysia Yang Layak, Anda Boleh Cek Sendiri Skim MySalam Sekarang!

Kami ada berita baik untuk korang semua: kumpulan berpendapatan rendah B40 kini boleh dapatkan perlindungan kesihatan takaful secara PERCUMA!

Dikenali sebagai mySalam, ia merupakan skim perlindungan kesihatan nasional yang merupakan inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2019 dan diuruskan oleh Great Eastern Takaful.

Individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan merupakan golongan sasaran bagi mendapatkan perlindungan kesihatan takaful ini. Penambahbaikan skim akan dilaksanakan menerusi Belanjawan 2020, bermula 1 Jan 2020, yang mana had kelayakan umur akan dinaikkan dari 55 ke 65 tahun.

Manfaat utama skim ini buat korang

Kredit: mySalam

Sekiranya korang didiagnos dengan salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi, korang akan menerima pembayaran tunai berjumlah RM8,000 (dibayar sekali). Ia akan diperluaskan kepada 45 penyakit kritikal bermula 1 Januari 2020 nanti.

Selain tu, korang turut menerima elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan, universiti dan tentera.

Di antara penyakit kritikal yang dilindungi ialah:

  • Penyakit Alzheimer
  • Buta
  • Kanser
  • Serangan jantung
  • Kelumpuhan anggota
  • Strok
  • Meningitis bakteria
  • Pekak
  • AIDS
  • HIV (jangkitan melalui transfusi darah)

Untuk senarai lengkap, sila layari https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=ci_BM

Hospital manakah yang korang boleh pergi di bawah skim ni?

Kredit: Wikipedia

Terdapat 144 buah hospital kerajaan di seluruh Malaysia di mana korang boleh pergi dan dapatkan rawatan yang dilindungi di bawah skim ini. Hospital-hospital universiti dan tentera juga termasuk dalam skim ini.

Jom semak kelayakan korang atau buat tuntutan bagi skim ini sekarang!

Proses semakan kelayakan, tuntutan dan penerimaan bayaran adalah sangat ringkas! Untuk info lanjut mengenai skim mySalam ni, layari www.mysalam.com.my.

Artikel Berkaitan   Kisah Namrud,Raja Sombong yang dilaknat Allah,Mati Hanya kerana Seekor Nyamuk

Bagi semakan kelayakan atau buat sebarang tuntutan, korang boleh log masuk ke portal menggunakan nombor kad pengenalan korang.

Selain mengakses portal mySalam, korang juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim ni melalui:

  • Kiosk mySalam:
    Terdapat lebih daripada 20 buah kiosk di pelbagai hospital kerajaan dan universiti di seluruh negara. Di penghujung tahun 2019, akan terdapat 30 kiosk di hospital kerajaan dan hospital universiti.
  • Talian Pelanggan 24 jam: 1300 888 938
  • Emel: [email protected]

Jangan lupa check kelayakan untuk skim PERCUMA ini ya. Rugi kalau terlepas!