“Aduh! Sakitnya Bila Kena Kurap, Gatalnya Tak Boleh Nak Tahan”- Petua Rawat Kurap Daripada Hinggap Di Badan Kita

Dijangkiti kurap? Jom hadam info sebenar mengenai cara merawat kurap.

Kita lihat zaman kini, mudah untuk kita mendapat kurang di badan disebabkan persekitaran kita yang tidak bersih, lebih mudah untuk kita mendapat kurap. Penyakit kurap ini mungkin bagi kita adalah penyakit biasa tetapi untuk hilangkan kurap mengambil masa yang amat lama.

Apakah petua atau cara yang mujarab untuk menghilangkan kurang?

Mari kita baca nasihat dari pakar Dr. Suhazeli Abdullah tentang kurap.

Kulit gatal dan bintik timbul seperti tapak kaki kucing atau cincin ini diberi nama kurap. Orang putih sebut kurap ni Tinea atau Ringworm. Ringworm itu bukan merujuk kepada cacing yang berlengkar bentuk cincin tetapi rupa luarannya seperti cacing yang merayap. Penyebab kurap adalah fungus/kulat.

Jika ke pasar malam, ubat kurap yang paling banyak dijual oleh jurujual ubat jalanan. Masalahnya orang kita senang putus asa untuk ambik ubat yang sebenarnya. Anggapan mereka sehari dua makan ubat serta sapu yang diambil dari klinik, sudah baik. Kemudian mulalah mereka cari ikhtiar lain seperti membeli ubat yang dijual tepi kaki lima dan pasar malam.

Sejarah merawat kurap ini memang meletihkan sebab kita tidak lihat kesan penyembuhan dalam sekelip mata. Bukan macam ubat batuk selesema yang mudah baik dalam tempoh sehari dua. Lagipun kulat yang menjadi punca penyebab kurap ini terdiri dari pelbagai bentuk. Samada ianya berangkai, berspora dan penembusan kulit pun ada tohor atau dalam.

Kepelbagaian inilah menyebabkan ubat sapu yang dilumur saban hari seolah-olah tidak beri kesan untuk membunuhnya. Paling minima ubat kurap disapu ke atasnya selama 4 minggu. Baharulah menampakkan kesan.

Doktor akan buat penilaian terlebih dahulu samada cukup hanya ubat sapuan sahaja atau perlu ditambah dengan ubat makan. Kedua-duanya boleh menyembuhkan kurap dengan syarat jangan cepat putus asa.

Petua mujarab dahulu kala, semasa belum ditemui lagi ubat-ubatan hospital, orang tua-tua menggunakan daun galenggang untuk merawat kurap. Senna alata adalah di antara nama saintifik bagi daun gelenggang. Daun itu digaru atas kurap bagi menghilangkan rasa gatal. Peringkat awal terasa pedih, tetapi kemudiannya boleh menyenyakkan tidur dari gangguan gatal.

Adakah terdapat kajian yang mengesahkan daun galenggang ini ubat kurap?

Kajian dari Nigeria yang menggunakan sabun daun galenggang untuk merawat penyakit kulit banduan penjara. Kajian itu dibuat ke atas 33 orang banduan dan mendapati sabun daun galenggang berjaya merawat penyakit kulit termasuk kurap. Namun sampel kajian terlalu kecil dan tidak diteruskan kerana tiada kajian susulan kesan sampingan dan toksisiti (keracunan).

Lagipun ubat-ubatan yang sudah sedia ada untuk kegunaan orang awam sudah memadai dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Setakat ini industri penanaman galenggang tidak mendapat perhatian kerajaan kerana ianya bukan bernilai komersial.

Kurap ini mudah dirawat. Ikut panduan ubatan yang diberikan oleh doktor, nescaya akan berhasil.

Penjagaan kebersihan diri dan pakaian juga amat penting. Kurap senang merebak jika kongsi pakaian samada baju atau tuala. Ia juga sejenis kulat yang sukakan pakaian lembab dan terperangkap sendat.

*Apa-apa pun sebelum beli ubat kurap, dapatkan nasihat doktor dahulu. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang yang tersayang.

(Visited 458 times, 1 visits today)