Bedebus Angin Keluar & Badan Pun Rasa Ringan. Wanita Ni Kongsi Kehebatan Air Rebusan Pandan

Bila rasa banyak angin tersimpan di dalam badan, pastinya kita akan tidak selesa dan lebih-lebih lagi pada bahagian perut akan terasa senak dan sebu. Sebolehnya kita berusaha agar angin tersebut dapat dikeluarkan barulah kita berasa lega.


Menyentuh tentang mengeluarkan angin ini, ada orang mudah sahaja dengan menyapu minyak angin, sendawa atau kentut dapat selesaikan masalah itu. Namun tidak dinafikan ramai juga rasa sukar selesaikan masalah angin dalam badan ini.

Jadi bagaimana caranya untuk pastikan badan terasa ringan dan tidak terasa berangin?

Mungkin ini cara terbaik yang boleh anda amalkan iaitu dengan amalkan minum air rebusan pandan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Azurah Ahmad yang telah 2 tahun mengamalkannya dan dia sendiri merasai perbezaan sebelum dan selepas amalkan petua ini.

Jom semak perkongsian bermanfaat ini.

Air rebusan daun pandan

Bahan-bahan:

  • Berapa helai daun pandan
  • 2 inci halia-diketuk
  • 1 ketul gula batu

Cara penyediaan :

  1. Rebus semua bahan di dalam air, dari 2 gelas jadikan 1 gelas

  1. Minum ketika suam. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.

Manfaat minuman ini

Alhamdulillah dah masuk 2 tahun saya amalkan, badan rasa ringan. Saya ingat lagi, kali pertama cuba petua ini selepas 6 bulan bersalin. Petua ini pun saya dapat daripada facebook juga, tak sangka memang serasi dengan badan.

Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut. Ikutkan elok buat 2 kali sehari tapi tak dan nak buat siang hari. Buat malam je dua jam sebelum tidor. Hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan.

sumber : Azurah Ahmad via MAHN

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: