
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @sapiksam_ telah berkongsi video pendek menunjukkan penyanyi, Haqiem Rusli sedang membaca ayat suci Al-Quran pada waktu tengah malam.
Menurutnya, video yang dirakamkan secara senyap-senyap itu jelas menunjukkan penyanyi berusia 21 tahun itu sedang mengaji Al-Quran walaupun ketika itu pemuda terbabit sedang lena tidur.
“Tengah lena diulit mimpi, ingat kan apa yg terang td pastu ada bunyi org mengaji. Toleh2 adui segan rasanya.
“Waktu mcm ni dia luangkan masa nya dgn sang pencipta, Allahu. sorry”, tulis lelaki berkenaan pada ruangan kapsyen.
Perkongsian itu nyata menarik perhatian peminat dan rata-ratanya memuji sifat Haqiem yang sentiasa merendah diri.
Hmm sapik ni. Nape cekik air mata org 3pagi 🤧
— QM’s.〽️ (@qmxsturxh) November 12, 2019
Jika sahabat baik sendiri pun terkedu, apatah lagi kita semua. Dia buat secara diam2 ketika ramai sdg diulit mimpi. Tq @sapiksam_ kerana sudi berkongsi perkara baik sebegini. Yg penting, kita semua tidak pernah lupa padaNya walau kita berada dimana saja. ❤️❤️❤️
— Mama Sue (@cmeksue) November 12, 2019
Semoga dipermudahkan bagi dia segala urusan olehNya. The other side of him yang mungkin tak ramai akan nampak. Thank you Sapik for this
Haqiem sebelum ini juga telah dipuji ramai kerana pernah memuatnaik foto peminat wanitanya yang sudah ditutup aurat.