Aksi Monyet Cerdik Tunjukkan Contoh Kepada Manusia Cara Jaga Jarak

Jika sebelum ini pernah tular beberapa foto yang menunjukkan aksi kucing menjaga jarak sosial ketika ditempat awam, kali ini aksi yang sama ditunjukkan sekumpulan monyet.

Kejadian berlaku di Aruachal Paradesh, India apabila sekumpulan monyet berada dalam barisan yang sama ketika sedang makan.

Foto berkenaan juga dikongsikan oleh Menteri Hal Ehwal Belia dan Sukan India baru-baru ini.

Ada komen daripada penduduk di India yang memuji kecerdikan monyet ini sambil meyifatkan manusia perlu berasa malu melihat keadaan ini kerana haiwan pun lebih faham bahasa.

Malah ada juga yang berseloroh menyatakan monyet itu menjaga jarak sosial kerana risau dijangkiti akibat satu insiden minggu lalu dimana ada monyet yang mencuri sampel darah pesakit COVID-19 daripada sebuah makmal.

kredit era