
Buat para pencinta kucing, apa sahaja yang dilakukan si bulus itu pasti membuatkan kita terhibur dengan gelagat comel dan manjanya.
Sudah menjadi satu kebiasaan, para pemilik kucing kini suka berkongsi aktiviti si bulus mereka, sama juga seperti pemuda ini menerusi Twitternya dengan nama akaun Danial Alif.
Kucing makan suap sendiri guna tangan
Tidak seperti kucing lain, menerusi video yang dimuat naik di Twitter, memaparkan kucing pemuda itu makan menggunakan tangan seperti manusia.
Aku dah kata, kucing aku memang makan pakai tangan sebab dia tengok tuan dia semua makan pakai tangan. Nak jadi melayu konon. 😒 dasar lo kucing jadian pic.twitter.com/E3H6xccpv0
— HAN (@danialalif145) July 24, 2019
Dapat diperhatikan kucing peliharaan itu tidak menggunakan mulut untuk mengambil makanan seperti kucing yang lain, justeru pemuda itu mengangap mungkin kucing itu mahu meniru cara dia makan, sehingga digelarkan kucing jadian.
“Aku dah kata, kucing aku memang makan pakai tangan sebab dia tengok tuan dia semua makan pakai tangan. Nak jadi melayu konon, dasar kucing jadian…”
Minum pun tak pakai bekas…
Bukan sahaja makan pun sudah pelik, tetapi minum pun kucingnya itu tidak menggunakan bekas air tetapi suka minum terus daripada paip.
kucing jadian :')🤘🏽 pic.twitter.com/BDj2r6yiDL
— HAN (@danialalif145) July 25, 2019
Anak2 dia pun comel…
Malah, kucing ‘jadian’ itu juga mempunyai tiga ekor anak kucing, kesemuanya memang comel sama seperti ibunya dengan warna hitam, putih dan kelabu berbelang.
Amboi nak air tapis jer…
Tweet tersebut yang sudah mencecah 22 ribu retweet mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya terhibur melihatkan gelagat kucing comel itu.
