Tetap Kembang Dan Lembut Guna 4 BAHAN Ini,Roti Puri Tanpa Pakai Yis

Roti puri ni dah selalu viral disebabkan kesedapannya. Unik rasanya tak seperti roti canai atau roti lain yang dilempeng dan digorengkan.


Tekstur roti ini lebih lembut, nipis dan garing. Cuma kadang-kadang nak buat tu agak mencabar sebab ada yang dah cuba kadang-kadang tak naik kembang.

Cicah pula bersama sambal ikan bilis atau kuah kari, lepas tu hidangkan dengan teh o atau kopi panas.

Fuhh, memang lengkap betul hidangan ini. Roti puri homemade ini kadang-kadang mampu buat lagi sedap dari kedai mamak. Lebih segar dan lembut lagi-lagi baru lepas lepas digoreng tu.

Ikuti resipi daripada perkongsian Cik Puan Siti Hawa Abdul Aziz dari laman Facebook ini.


RESIPI ROTI PURI TANPA YIS

Resepi roti puri tak pakai yis tau, kalau pakai yis tu bukan roti puri.

roti puri

Bahan-bahan: 

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan air
  • 3 sudu minyak masak

Cara penyediaan doh:

1. Campurkan ke semua bahan dan uli sehingga menjadi doh, Selepas siap uli, ambil doh sedikit-sedikit kemudian bulat-bulatkan seperti saiz bola pingpong.

2. Perap doh kira-kira 30 minit. Lepas perap, ambil doh dan leperkan atas pelandas. Gelekkan sehingga nipis. Lakukan sampai doh habis.

3. Panaskan minyak masak atas kuali. Kemudian, masukkan sekeping doh roti yang dah dileperkan tadi.

4. Semasa menggoreng, simbah-simbahkan minyak panas kat belah atas roti supaya naik kembung. Masak sehingga keemasan.

5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

roti puri


Selamat mencuba resipi ini.