Alamak! Kajian Buktikan Siapa Yang Jatuh Cinta Akan Jadi Pemalas

Semua orang pasti pernah bercinta bukan? Saat bercinta itu sememangnya indah dan semua benda jadi sweet!

Namun tahukah anda, terdapat kajian yang diterbitkan oleh jurnal Motivation and Emotion, oleh Henk van Steenbergen bersama rakan penyelidik lain dari Leiden University dan University of Maryland menunjukkan, mereka yang bercinta kebanyakkannya akan menjadi semakin malas.

Kajian dijalankan keatas 43 orang yang baru sahaja bercinta; sekurangnya 6 bulan, telah menjalankan beberapa tugasan khas sepanjang tempoh mereka bercinta.

Steenbergen berkata fenomena ini mungkin dikaitkan dengan fungsi otak yang menafsirkan tugasan dengan emosi. “Sudah tentu sifat cinta yang ghairah menyebabkan kekangan dalam melaksanakan tugasan yang memerlukan kawalan kendiri.” Maksudnya, jika otak anda berlebihan berfikir tentang cinta, ia kurang dapat memberi tumpuan kepada perkara lain.

Sumber: Life

Artikel Berkaitan   5 Golongan Yang Allah Beri Keringanan Boleh Meninggal Puasa Dengan Sebab-Sebab Ini