“Apa Ni Semua Panic Buying. Pergi Supermarket Nak Beli Benda For Dinner Cooking. Mak Oiii Semua Tengah Panic Buying.”- Michael Ang

Pengarah terkenal, Michael Ang meluahkan rasa kecewa dengan tindakan individu yang telah melakukan pembelian panik.

Ujar Michael, dia ke pasaraya untuk membeli barang namun dia sendiri terkejut dengan sikap ramai yang sedang melakukan pembelian panik ketika itu.

“Salam semua! Apa ni semua panic buying. Pergi supermarket nak beli benda for dinner cooking. Mak oiii semua tengah panic buying.”

Pengarah drama Sweet Dreams ini juga memuat naik dua keping foto dimana situasi seorang individu melakukan pembelian barang dengan kuantiti yang mengejutkan.

Beberapa ruangan mulai kosong

Foto yang dikongsikan juga dapat diperhatikan beberapa ruangan di pasaraya juga mulai kosong kerana pembelian panik.

“Serious la mamat tu at least sepuluh tray telur and 12 kampit 10kg nasi!!!! Malaysia dah nak curfew ke? Serious la!!!! Pikir la rasional! Paling teruk pun Malaysia lock down aje!”

“Lock down tu orang tak boleh keluar negara orang luar tak boleh masuk Malaysia! Bukan kau orang tak boleh ke mana mana and pasar or supermarket tutup! Choiiii! Luv u all n stay safe,” ujarnya.

Dalam pada yang sama, posting Michael Ang turut meraih lebih seribu komen sejak dikongsikannya dimana perkongsian Michael Ang itu turut mengundang pelbagai reaksi ramai kerana setuju dengan apa yang disampaikan oleh pengarah terkenal ini menerusi Instagram.

“Semua panic…”

“Telur tu sebulan je tahan…”

“Ramai je selfish tadi i tengok…”

Sumber: Instagram Michael Ang

Artikel Berkaitan   Rupanya Sos Aminah Hassan Hilang Di Pasaran, Gara-Gara Fitnah Yang Dibuat, Pemilik Sos Bongkar Bagaimana Cerita Fitnah Berlaku