Babak azan merdu ramai ingat dari Youtube, rupanya guna suara pelakon Razak Ahmad

Pada peminat tegar drama trending Kampung People, setiap babak dalam cerita pasti terngiang-ngiang sehingga sekarang. Mana tidaknya, lakonan bersahaja mereka ternyata buat ramai pecah perut gelak.

Ingat tak dalam episod kelima apabila Abu lakonan Rashidi Ishak disuruh oleh ejen Syukri untuk mula pergi solat berjemaah ke surau, dan Abu disuruh mengalunkan qamat kerana imam dan geng surau yang lain sakit tekak.

Suaran azan Razak Ahmad merdu

Ketika itu ada babak dimana Abu memasang rakaman azan yang merdu menerusi telefon kerana dia tidak tahu qamat, pasti ramai yang beranggapan azan tersebut hanyalah diambil di Youtube.

Sebenarnya, menerusi perkongsian sedutan belakang tabir di IG pengarah drama tersebut, alunan azan yang merdu itu adalah suara pelakon Razak Ahmad yang memegang watak Tok Penghulu atau TP dalam Kampung People.

Mati2 ingatkan dari Youtube

Mendengar alunan azan tersebut, ramai yang sebelum ini menyangka ia adalah Youtube akhirnya kagvm dengan kemerduan pelakon itu melaungkan azan.

Artikel Berkaitan   Bukan biasa-biasa! Uncle bawa myvi ‘berkepak’ curi tumpuan gadis