Bacalah Surah Al-Ikhlas Di 9 Waktu Ini Khasiatnya Menakjubkan

SURAH Al-Ikhlas, seperti surah-surah yang lain juga memiliki banyak rahsia dan kebaikan yang terkandung di dalamnya. Dinamakan surah Al Ikhlas, kerana telah menyelamatkan orang yang membacanya dari kesu litan dunia akhirat, dari kesulitan sa kara tul ma ut, dari kesu litan kegelapan malam dan dari segala kesu litan di hari kiamat. Ternyata ada waktu tertentu yang dianjurkan membaca surat Al-Ikhlas. Berikut sembilan waktu yang dianjurkan untuk mengamalkan surat Al-Ikhlas:

Pertama: Waktu Pagi Dan Senja

Pada malam hujan lagi gelap gelita kami keluar mencari Rasulullah SAW untuk solat bersama kami, lalu kami menemukannya. Beliau bersabda, Apakah kalian telah solat? Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, Katakanlah. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, Katakanlah.

Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, Katakanlah. Hingga aku berkata, Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan? Rasulullah SAW bersabda, Katakanlah (bacalah surat) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL AUDZU BIRABBINNAAS DAN QUL AUDZU BIRABBIL FALAQ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan. (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan)

Kedua: Sebelum Tidur

Rasulullah SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas), Qul audzu birobbil falaq (surat Al Falaq) dan Qul audzu birobbin naas (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh di bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali. (HR. Bukhari no. 5017)

Ketiga: Ketika Ingin Meruqyah (Membaca Doa Dan Wirid Untuk Penyembuhan Ketika Sakit) 

Dari Aisyah RA, dia berkata, Apabila Rasulullah SAW hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) dan Muawidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, Ketika beliau sa kit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur, -pen). (HR. Bukhari

Keempat: Wirid Selepas Solat (Sesudah Salam) 

Rasulullah SAW memerintahkan padaku untuk membaca muawwidzaat di akhir solat (sesudah salam). (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih). Yang dimaksud muawwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62).

Kelima: Dibaca Ketika Mengerjakan Soalat Sunnah Fajar (Solat Sunat Qobliyah Subuh). 

Sebaik-baik surat yang dibaca ketika dua rakaat qobliyah subuh adalah Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun). (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273. Syaikh Al Albani mengatakan dalam Silsilah Ash Shohihah bahwa hadits ini shahih. Lihat As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadis Ibnu Masud yang akan disebutkan pada point berikut.

Keenam: Dibaca Ketika Mengerjakan Solat Sunat Ba’diyah Maghrib. 

Aku tidak dapat menghitung kerana sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah SAW membaca surah pada solat dua rakaat ba’diyah maghrib dan pada solat dua rakaat qobliyah subuh iaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash). (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan shahih)

Ketujuh: Dibaca Ketika Mengerjakan Solat Sunat Witir Tiga Rakaat 

Rasulullah SAW membaca pada rakaat pertama: Sabbihisma robbikal ala (surat Al Alaa), pada rakaat kedua: Qul yaa ayyuhal kafiruun (surat Al Kafirun), dan pada rakaat ketiga: Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) dan muawwidzatain (surat Al Falaq dan An Naas). (HR. An Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227)

Kelapan: Dibaca Ketika Mengerjakan Solat Maghrib Pada Malam Jumat 

Rasulullah SAW biasa ketika solat maghrib pada malam Jumat membaca Qul yaa ayyuhal kafirun dan Qul huwallahu ahad. (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahwa sanad hadis ini shahih).

Kesembilan: Ketika Soalat Dua Rakaat Di Belakang Maqam Ibrahim Setelah Tawaf.

Lantas Rasulullah SAW menjadikan maqam Ibrahim antara dirinya dan Kaabah, lalu beliau laksanakan solat dua rakaat. Dalam dua rakaat tersebut, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas) dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun). Dalam riwayat yang lain dikatakan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun) dan Qulhuwallahu ahad (surat Al Ikhlas). (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi shallallahu alaihi wa sallam, hal. 56)

Sumber : islamik info