
Sunat bayi perempuan adalah wajib atas tujuan menghilangkan kulit yang mudah kotor dan mengelakkan penyakit pada masa akan datang. Namun jika ia memudaratkan, ia boleh dielakkan.
Dalam Islam, sunat bayi perempuan adalah wajib tetapi tak perlu dilakukan jika memberi kesan yang buruk kepada bayi atas faktor kesihatan dan lain-lain. Sebaiknya ada wajib sunatkan bayi perempuan.
Terdapat beberapa perkara yang harus anda tahu berkenaan sunat bayi perempuan. Masih ramai ibu bapa yang tertanya-tanya bagaimana sunat bayi perempuan dilakukan? Jom lihat sedikit pendedahan dan perkara penting harus anda tahu berkaitan sunat bayi perempuan.
- Masa Yang Sesuai Sunat Bayi Perempuan
Masa yang sesuai sunat bayi perempuan yang disarankan doktor adalah seawal mungkin iaitu selepas selesai tempoh anda berpantang. Ini kerana bayi masih menyusu dan boleh berpantang makan hanya dengan minum susu malah tidak akan memberi kesan terhadap kesihatan bayi.
Namun begitu, ada juga klinik dan doktor yang mengambil sunat bayi perempuan pada umur bayi sekitar 3 bulan sehingga 6 bulan ke atas. Setiap klinik mungkin mempunyai polisi yang berbeza dan tertentu. Elakkan sunat bayi perempuan ketika mereka meningkat dewasa, mungkin ia akan mengganggu emosi mereka kerana terasa lebih malu.
- Tempat Sunat Bayi Perempuan
Jarang ada masalah untuk ibu bapa mencari tempat yang sesuai bagi sunatkan anak. Anda boleh dapatkan nasihat daripada adik beradik, saudara mara, kawan-kawan dan lain-lain. Boleh juga anda buat kajian di internet dahulu bagi memilih klinik terbaik untuk sunat bayi perempuan anda di kawasan berdekatan rumah anda.
- Kos Sunat Bayi Perempuan
Sewaktu anda membuat tinjauan mencari klinik terbaik untuk sunat bayi perempuan anda, anda boleh bertanya sekali mengenai sunat bayi perempuan. Selalunya kos sunat bayi perempuan di klinik atau hospital tidak memakan kos yang besar. Ia adalah dalam lingkungan RM40 sehingga RM70 sahaja.
- Kesihatan Anak
Sekiranya anak anda mengalami masalah kesihatan seperti batuk, demam, selsema, kuning dan apa sahaja masalah, tangguhkan dahulu sunat bayi anda. Dikhuatiri akan membahayakan kesihatan bayi anda. Adakalanya terdapat kesan sampingan kesihatan yang berlaku jika anak anda mempunyai masalah kesihatan ketika sunat.
- Prosedur Sunat Bayi Perempuan
Anda harus jelas dengan prosedur sunat bayi perempuan dan mengetahui caranya supaya anda tahu apa yang bakal berlaku pada bayi anda. Yang pasti, proses sunat bayi perempuan lebih cepat berbanding bayi lelaki.
Cara sunat bayi perempuan adalah mudah dimana sebahagian selaput daging bahagian atas saluran kencing yang menutup klitoris akan dipotong sedikit. Sunat ini dilakukan hanya bahagian yang amat sedikit bagi mengelakkan luka, cedera atau kecacatan. Anda tak perlu risau.
- Tempoh Masa Sunat
Tempoh masa untuk sunat bayi perempuan tidak memakan masa yang sangat lama, malah ia mengambil masa yang sekejap sahaja. Proses sunat bayi perempuan hanya dilakukan dalam tempoh masa 3 minit atau kurang dari 3 minit sahaja. Sekejap kan?
- Kesan Serta Merta Sunat Bayi Perempuan
Setelah sunat bayi perempuan, terdapat kesan serta merta yang berlaku pada bahagian sunat bayi anda. Jika darah masih mengalir, anda hanya perlu lap seperti luka biasa sahaja. Ia akan berhenti berdarah dan anak anda juga akan mula normal, ceria dan aktif bermain dalam masa sehari atau dua hari lagi. Kesakitan hanya rasa sekejap sahaja.
- Penjagaan Dan Kebersihan Bayi
Cara penjagaan bayi perempuan adalah seperti biasa, namun anda harus kerap kali menukar lampin bayi supaya tidak mengalami jangkitan kuman atau perkara yang tidak diingini. Faktor kebersihan amat penting dan harus dititikberatkan oleh anda terhadap bayi.
Persediaan Sebelum, Semasa Dan Selepas Sunat Bayi Perempuan
Banyak persediaan boleh anda lakukan sebelum membawa bayi anda perempuan untuk sunat. Semasa bayi sunat juga, ia adalah masa yang penting untuk anda ketahui bagaimana keadaan bayi anda dan apakah pantang bayi anda setelah sunat. Anda juga boleh membuat persediaan rapi bagi penjagaan bayi anda selepas sunat.
- Pakaikan lampin kepada bayi anda untuk dibawa sunat di klinik atau hospital bagi memudahkan anda untuk menguruskannya nanti.
- Sediakan wang yang mencukupi untuk mendapatkan khidmat sunat bayi di klinik pilihan anda.
- Datang pada masa yang ditetapkan jika anda sudah buat appoinment.
- Jaga pemakanan anak dan pastikan anak tidak alergik atau mempunyai masalah kesihatan lain.
- Sedari hikmah sunat bayi perempuan dan tidak risau akan perkara ini.
- Berikan penjagaan terbaik buat anak anda sebelum, ketika dan selepas sunat bayi dilakukan.
- Kenalpasti masa yang sesuai untuk anda bawa anak anda sunat supaya tiada sebarang masalah yang berlaku.
- Pilih klinik yang berdekatan dan sesuai dengan keadaan anda untuk mengelakkan kesukaran yang anda hadapi sepanjang dalam proses ke klinik atau pulang dari klinik.
Sunat bayi perempuan mempunyai banyak manfaat dari usia bayi kecil sehinggalah meningkat dewasa dan berkahwin. Ia akan mempengaruhi juga kehidupan dan keselesaan bayi pada masa yang akan datang. Anda tak perlu bimbang, bagaimana anda lalui masa kecil anda, bayi anda akan melalui perkara yang sama!
Itulah dia perkara penting wajib ibu bapa tahu berkaitan sunat bayi perempuan. Buatlah persediaan sebelum, semasa dan selepas bayi perempuan anda sunat. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik.