Badan Seperti Dicucuk Jarum, Leher Bagai Dicekik, Perut Terasa Ada Objek Bergerak. Wanita Derita Penyakit Misteri Dan Berat Naik Mendadak 200 Kg

Satu tubuh badannya terasa sakit seperti dicucuk jarum. Lehernya pula dikatakan bagai dicekik sehingga mengalami sesak nafas dan dalam perutnya terasa ada objek bergerak-gerak.


Keadaan ini sering kali dialami oleh Nur Izzati Afiqah Hussian berusia 29 tahun, yang berasal dari Kampung Gaung, Tendong di Pasir Mas, Kelantan. Pada awalnya, berat badannya hanyalah 150 kg, tetapi kini dianggarkan lebih dari 300 kg!

Afiqah sedar penyakitnya bermula sejak Ogos lepas, yang pada mula mengalami rasa sakit di beberapa bahagian tubuh dan tidur malamnya sering diganggu oleh sesuatu yang misteri. Disebabkan itu, dia terpaksa berhenti kerja kerana tubuh badannya semakin membesar serta terpaksa mengesot.

Tubuh Afiqah juga dilaporkan  akan membengkak tidak kira masa dan menyebabkannya tersiksa dan menangis kesakitan. Namun, bengka tersebut akan surut dan mengecut kembali setelah beberapa jam.

Mereka semua percaya bahawa Afiqah sedang mengalami penyakit misteri kerana kerap juga dia membuang air kecil atau najisnya mengandungi pasir, batu atau jarum yang ada kalanya menyebabkan Afiqah takut membuang air kerana terlalu sakit.

Keadaan yang dialami oleh Afiqah ini telah mengundang sebak dan simpati dalam kalangan warga Facebook. Ramai yang meninggalkan kata-kata semangat dan doa di ruangan komen buat Afiqah.

Turut juga dimaklumkan, ramai pengamal perubatan Islam dan tradisional dipanggil untuk merawat Afiqah, namun sehingga kini keadaannya masih tidak pulih. Diharapkan Afiqah akan kembali pulih dan keadaannya kembali seperti sedia kala.

Sumber: Harian Metro.