Bahana Makan Puding Buih, Mangsa Hembuskan Nafas Terakhir, Setelah Disiasat Ini Punca Kejadian

KUALA TERENGGANU: Selepas 10 hari bertarung nywa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), mang-sa kera-cunan puding buih mening-gal dunia hari ini.

Wanita berusia 25 tahun dari Marang menghembuskan na-fas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) jam 10.40 pagi, akibat kega-galan multi-organ akibat kejutan sepsis.

Difahamkan, mang-sa bersama beberapa ahli keluarganya sebelum ini dimasukkan ke HSNZ, selepas mengalami kera-cunan akibat makan puding buih yang dibeli secara atas talian pada 22 Mei lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata, Jabatan Kesihatan Terengganu sudah membuat siasatan dan mengetahui punca.

Ahli keluarga mang-sa keracunan puding meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah hari ini. – Foto NSTP/GHAZALI KORI

“Tindakan kepada peniaga juga sudah diambil. Cuma nasihat saya kepada peniaga makanan di seluruh negara supaya menitik berat aspek kesihatan, terutama pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Mesti bersih bagi memastikan tidak ada apa-apa penyakit.

“Selain itu, jangan gunakan barang yang sudah tamat tempoh kerana ini membabitkan nya-wa manusia. Kita tidak tahu walaupun penyakit ini nampak biasa dan tidak membawa ma-ut tetapi apa-apa boleh berlaku.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita simpati dan harap keluarga bersabar dengan dugaan diberikan.

“Semua pesakit lain yang ditempatkan di HSNZ dan hospital swasta sudah pulih sudah dibenarkan pulang,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, seramai 99 mangsa dari Kuala Terengganu dan Marang dikejarkan ke HSNZ kerana mengalami mun-tah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih yang dibeli melalui dalam talian.

Ia membabitkan 20 keluarga iaitu 77 pesakit di Kuala Terengganu, manakala 22 pesakit dari Marang. Telur tamat tempoh dipercayai digunakan dalam pembuatan puding buih menyebabkan kes keracunan itu.

kredit kuala lumpur viral