Bakal Buka Supermarket Besar, Ustaz Ebit Lew Minta Rakyat Malaysia Titipkan Doa

Pengikut penceramah bebas, Ustas Ebit Lew pasti mengetahui yang beliau sebelum ini sedang dalam perancangan untuk membuka 10 cawangan pasaraya barangan runcit termurah di Malaysia dengan nama Elews Mart.

Terbaru, tidak sampai beberapa bulan menyuarakan hasratnya Ustaz Ebit memaklumkan ianya sedang menjalani proses ubahsuai dan dengan izin Allah akan siap tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit berkongsi kepada orang ramai yang semua cawangannya yang terletak di sekitar Lembah Kelang dijangka dibuka pada pertengahan Julai ini

Menerusi posting sama dia turut berterima kasih kepada Nestle sanggup berkongsi ilmu mengenai sistem pengurusan gudang sebagai panduan untuk warehouse mereka.

Beliau juga turut meluahkan rasa terharunya kerana telah mendapat sokongan yang kuat dari para pengilang dan pengedar produk yang lainnya kerana sudi membantunya untuk menjayakan pembukaan pasaraya tersebut.

Ini secara tidak langsung akan merealisasikan impiannya untuk menjadi pasaraya dengan harga termurah .

Mengulas lebih lanjut, pendakwah bebas itu turut memaklumkan yang setiap cawangan tersebut akan menyediakan food bank atau dalam kata lainnya bantuan makanan percuma buat mereka yang memerlukan.

Ustaz Ebit dalam masa sama turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusannya membuka pasaraya berkenaan dipermudahkan malah menurutnya semuanya dipermudahkan ketika ini atas berkat doa orang ramai

kredit buzzkini

Artikel Berkaitan   Ibu Ini Sebak Kongsi Gambar Janin Usia 14 Minggu Memegang Jarinya.