Ajal setiap orang memang tidak akan terlewat walau sesaat pun. Tetapi kisah ini amat menyentuh hati Ohmedia dan semua orang apabila seorang lelaki turut meninggal dunia semasa membantu menguruskan jenazah kawan rapatnya.
Kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Selat Klang itu amat mengejutkan jemaah yang lain apabila Amran Hassan tiba-tiba rebah ketika sedang memegang tali bagi membantu mengangkat jenazah rakan baiknya, Raja Azri Raja Mansor ke dalam liang lahad
Mengikut dari apa yang diceritakan oleh jemaah lain iaitu Megat Yunos Megat Haris, dia mengatakan yang sepintas keranda diletakkanm arwah yang berusia 48 tahun dilihat rebah dan tersembam ke tanah berhampiran kubur.
Melihat keadaan itu, jemaah lain yang ada di situ turut memberikan bantuan namun Amran tidak sedar dan kami segera menghubungi ambulans. Arwah mungkin mengalami serangan jantung ketika sedang membantu menguruskan pengebumian Raja Azri, katanya.
Arwah disahkan meninggal dunia akibat masalah jantung kata kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Sumber: Berita Harian