Berderu Hati Anak Terus Insaf Melihat Sekujur Tubuh Ibunya Atas Lantai Serba Putih, Rupanya Mak Sedang Buat Rawatan

Sebagai seorang anak, pemergian ibu bapa merupakan satu detik hitam yang pastinya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Bahkan, suasana rumah dan juga sambvtan perayaan begitu berbeza tanpa kehadiran mereka berdua.

Di Twitter, seorang pengguna laman tersebut berkongsikan ‘detik hitam’ apabila melihat sekujur jasad ibunya terlantar diruang tamu sambil berbalut berbungkus dengan kain putih. Sudah tentunya, detik ini membuatkan dunia lelaki berkenaan terhenti seketika.

Jelas pemuda berkenaan, rupa-rupanya ibu kepada pemuda ini sedang menggunakan tilam urut yang telah dibeli untuk merehatkan badannya. Selor0hnya lagi, detik tersebut telah mengigatkan d1rinya dengan wang RM50 yang masih belum dipulangkan kepada si ibu.

Ramai juga turut terhibur dan berkongsikan pengalaman yang sama mengenai tatacara penggunaan tilam urut tersebut oleh ibu bapa mereka.

Sehingga kini, perkongsian ini telah mendapat hampir 13,000 ulang kicau dan 22,900 tanda suka dari kalangan netizen. Hargailah ibu bapa anda sementara mereka masih ada! Menyesal dikemudian hari tiada guna.

kredit satkoba

Artikel Berkaitan   “Please Respect Your Candidate Ya!” Lelaki Kongsi Pengalaman 9 Tahun Lalu, Interviewer “Paling $$%#” Yang Pernah Dia Jumpa