Bertuah Siapa Yang Bela Ikan Koi… Ikan Hidup Paling Mahal di Dunia Bernilai Lebih RM5 Juta

Ikan hidup paling mahal di dunia lebih RM5 juta


IKAN koi warna putih dan merah yang diberi nama S Legend di Jepun, menjadi ikan hidup yang paling mahal pernah dijual.

Harganya di luar jangkauan iaitu AS$1.8 juta (7.52 juta), lebih AS$1.3 juta (RM5.43 juta) berbanding rekod terdahulu.

Ikan koi sepanjang 101 sentimeter itu daripada baka berkualiti tinggi, Kohaku yang dibeli oleh seorang pengumpul koleksi daripada Jepun, dalam satu sesi bidaan di pusat ternakan ikan Saki Fish, di Hiroshima di negara matahari terbit itu.

Ikan koi betina itu memenangi hadiah pertama dalam pertunjukan ikan koi yang berprestij, tahun lalu.

Ia dijangka mengekalkan gelaran keduanya pada tahun ini, sehingga mampu menarik minat para pengumpul koleksi ikan.

Peminat dan pengumpul ikan koi kini dijangka terbang dari seluruh dunia, semata-mata untuk melihat ikan paling mahal yang pernah dijual itu.

Harga ikan koi yang paling mahal sebelum ini dijual pada harga he previous best price was around AS$500,000 (RM2.09 juta).  – odditycentral Via Mstar Online