Betul Ke Kita Boleh Ucap “Innalillah” Kepada Bukan Muslim Yang Dah Meninggal Dunia, PU Azman Beri Penjelasan

Pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Azman berkongsi serba sedikit ilmu mengenai ucapan Rest In Peace (RIP) di kalangan masyarakat yang sering diungkapkan apabila adanya kematian orang bukan Islam.

PU Azman ataupun lebih mesra dengan panggilan Cik Man menjelaskan menerusi sebuah posting di akaun Instagramnya tentang ucapan RIP boleh digantikan dengan Innalillah dan juga takziah.

“Gantikan RIP dengan ucapan Innalillah dan takziah. Takziah bukan doa untuk si mati.

“Tetapi lebih kepada memberi motivasi dan semangat kepada keluarga si mati yang masih hidup sebab dorang tengah bersedih,” tulisnya.

Persoalan itu ditanya netizen selepas kematian pelakon filem ‘Black Panther’, Chadwick Boseman yang meninggal dunia pada 28 Ogos lalu.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   Wajib Baca...Taubat Kita Tidak Akan Diterima Sehingga hari Kiamat Jika Melakukan Ini Kepada Ibu Kita....ASTAGHFIRULLAH!