Betul Ke Warnakan Rambut Antara Penyebab Kanser Payudara? – Ini Penjelasan Pakar

Ramai di antara anda gemar mewarnakan rambut dengan pelbagai gaya dan warna, tanpa menyedari bahawa ianya boleh menganggu masalah kesihatan badan anda. Dan yang paling parah ialah boleh menyebabkan barah payudara! Itu adalah antara pembunuh no 1 bagi wanita ya.

Seorang professor yang merupakan pakar bedah payudara (kehormat) dari Hospital Princess Grace di London mendedahkan bahawa wanita yang mewarnakan rambut mereka berdepan 14 peratus lebih risiko untuk diserang kanser payudara.

Profesor Kefah Mokbel yang juga perunding dalam pembedahan payudara itu menyatakan wanita tidak sepatutnya mewarnakan rambut lebih dari enam kali setahun bagi mengelakkan kanser.

Selain itu, beliau menasihatkan wanita yang gemar mewarnakan rambut supaya mengelakkan daripada menggunakan pewarna sintetik, sebaliknya memilih bahan-bahan semulajadi seperti inai atau buah bunga mawar.

Berdasarkan kajian Profesor Mokbel menyimpulkan: “Walaupun tugas lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan hasil kami, penemuan kami menunjukkan bahawa pendedahan kepada pewarna rambut dapat menyumbang kepada risiko kanser payudara.”

Artikel Berkaitan   Tahukah Anda, Minum Teh O Ais Punca Kegagalan Buah Pinggang - Health News Daily