“Betullah Kucing Kenal Orang Baik Dengan Dia, Pakcik Tu Tak Sempat Lagi Brek, Kucing Dah Datang Menyondol Kat Tayar”

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling rapat dengan manusia. Sikap manjanya kadang-kala membuatkan para pencinta kucing berasa tenang apabila dapat membelai dan bermain dengan haiwan comel itu.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial di laman Facebook Peminat Kucing Kelantan, satu video telah memaparkan seorang lelaki tua yang membawa beca dikejar seekor kucing jalanan kerana ingin memberi haiwan itu makanan.

Mungkin kerana sudah mengenali lelaki tersebut, kucing itu seakan manja dan ternanti-nanti kehadiran individu yang akan memberinya rezeki.

Video yang berdurasi beberapa saat itu telah dimuat naik oleh Aqief Nurziaman yang turut meninggalkan kapsyen bahawa lelaki tua yang tersebut tidak sempat memberhentikan becanya lagi namun sudah dikejar oleh kucing.

Dia turut membuat kesimpulan bahawa kucing jalanan itu sudah mengenali pemberi makanannya berkemungkinan kerana setiap hari melakukan perkara tersebut.

Oleh sebab itu, menerusi ruangan komen posting yang dibuat, beberapa warganet telah menzahirkan rasa terharu atas tindakan pengayuh beca itu dan mendoakan agar rezekinya terus dimurahkan atas sebab perkara murni yang dilakukan terhadap haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W.

Sumber : Peminat Kucing Kelantan, Aqief Nurziaman 

Artikel Berkaitan   Warga Emas Ini Gembira Jadi Orang Pertama Masukkan Vaksin Dalam Badan