Bila Ditanya “Betul Ke Roti Gardenia Enak Dimakan Begitu Sahaja?” Selamba Mufti Wilayah Bagi Jawapannya

PUTRAJAYA, 7 Jan -- Ulama tersohor negara Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semasa ditemubual wartawan Bernama di pejabatnya baru-baru ini.?Zulkifli yang juga Muftil Wilayah Persekutuan diundang khas mewakili negara ke Persidangan Al Azhar Sedunia Bagi Mendokong Sokongan Kepada Baitulmaqdis pada 17 dan 18 Januari ini.?Persidangan anjuran bersama Al-Azhar As-Syarif dan Majlis Hukamak Muslimin itu berlangsung di Al-Azhar Convention Centre, Kaherah, Mesir bagi membincang dan mencari penyelesaian mengenai isu membantah tindakan Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. ?--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA?

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri sekali lagi mencuit hati orang ramai di media sosial.


Ia gara-gara jawapan bersahaja Zulkifli menjawab soalan daripada salah seorang pengguna media sosial mengenai keenakan roti milik sebuah jenama tempatan.

“Salam syeikh, maaf bertanya betul ke roti Gardenia enak dimakan begitu sahaja?” soal Ad di laman sosial Twitter.

Diajukan soalan tersebut di Twitter, Zulkifli secara santai menjawab tidak dapat dinafikan keenakan roti dimaksudkan jika ia diperoleh secara percuma.

“Ya, kalau dapat percuma,” balas Zulkifli.

Jawapan lucu tersebut dikongsi lebih 12,000 pengguna media sosial selain memperoleh 13,700 tanda ‘suka’.

Majoriti pengguna media sosial terhibur dengan jawapan santai Zulkifli sehingga ada yang mengatakan maklum balas diberikan bersesuaian dengan soalan yang diaju.