[VIDEO] Kurang 2 Saat Mungkin Kepala Lelaki Ini Cedera Dihimpap Kipas Yang Jatuh, Allahuakbar!

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Berpantang maut sebelum ajal. Peribahasa itu mungkin sesuai digambarkan terhadap nasib seorang lelaki yang nyaris dihempap kipas siling di sebuah kedai dekat Ampang Hilir, Selangor.

Insiden berkenaan turut tular selepas rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik seorang gadis di laman sosial Twitter.

Jelas Nur Tania Reekifilee, 23, kejadian tersebut berlaku pada 15 Februari lalu yang mana individu di dalam video terbabit adalah rakan kepada abangnya.

“Dia tengah buat kerja, sticker (pelekat) jatuh bawah meja dan kebetulan pula lepas dia tunduk kipas tu jatuh. Alhamdulillah tak ada kecederaan langsung,” katanya kepada ProjekMM.

Setakat ini, video berkenaan menerima lebih 350,000 tontonan selain diulang kicau sebanyak 28,400 kali.

Rata-rata warga maya melahirkan rasa gerun dengan insiden terbabit malah ada yang turut berkongsi pengalaman sama.

“Aku pernah masa tingkatan 5. Kipas jatuh dalam makmal kimia. Tepi mata kawan aku je koyak,” cerita Nur Aini.

“Dulu masa dekat asrama pernah jadi macam ni. Kipas jatuh depan mata. Betul-betul dekat tempat kami duduk. Tapi tergerak hati nak ubah tempat. Kalau tak ubah tempat tu, tak tahulah macam mana sekarang ni,” kata Anis Ishak pula.

https://www.instagram.com/p/B8z85AQAYa5/?utm_source=ig_web_copy_link

Artikel Berkaitan   “Ex-Suami Aku Sanggup Cerai Aku Demi Hang, Hang Dah Tak Cantik Tak Lawa Pulak, Dia Nak Duit Hang Ja”