“Bila Isteri Dah Tak Ada Baru Kita Tersedar” Suami Duda Anak 3 Terkilan Setelah Isteri Tiada Baru Ingat Semula Benda Yang Tiada

Bila sudah kehilangan orang tersayang yang pergi menemui ajal, kadangkala kita baru tersedar dari lamunan dan mungkin terasa sedikit menyesal sekiranya tidak sempat melakukan banyak perkara bersama-sama.

Itu dirasai seorang bapa tunggal, Khairul Abdullah yang mengakui kesunyian setelah isterinya meninggal dunia dan kini kehidupan beliau hanya ditemani tiga anak lelakinya.

Menerusi laman Facebook, beliau menyenaraikan beberapa perkara yang mahu dilakukan sekiranya waktu boleh berputar dan menjalani kasih sayang bersama isterinya.

Antaranya ialah beliau ingin membantu isterinya menguruskan kerja rumah dan menjaga anak-anak sekaligus dapat mengurangkan beban sebagai seorang suri rumah.

Tambah Khairul yang juga seorang penulis berkata, beliau mendedahkan bahawa arwah menyukai bunga setelah dirinya menunjukkan sikap romantis ketika zaman bercinta.

Bukan itu sahaja, beliau juga menyatakan hasrat ingin meluangkan masa untuk bersembang dengan Allahyarham dan menatap wajahnya tanpa jemu.

Sumber : Khairul Abdullah

Artikel Berkaitan   “Sebaik Terjaga, Saya Lihat Dia Tanpa Seurat Benang” Pembantu Rumah “Tidur Mati” Terkejut Majikan Berada Dalam Biliknya