“Allahu! Ingat Abang Ni Galas Beg Rupanya Ada Bayi Kecik Kat Tengah Tu, Semoga Terus Kuat Ya Bang”

Ayah merupakan insan yang sangat mengambil berat tentang anak-anaknya walaupun tidak disedari oleh orang sekeliling. Kesabarannya membesarkan anak-anak hanya dihadap seorang diri asalkan segala keperluan zuriatnya dapat dipenuhi.


Namun, bukan semua ayah mampu memberikan kesempurnaan dalam membesarkan anak-anak. Ada masanya mereka terpaksa melakukan sesuatu perkara diluar jangkaan hanya disebabkan kekangan yang dihadapi.

Perkara tersebut samalah seperti beberapa gambar yang diperoleh menerusi Penang Kini berkenaan penunggang motosikal yang leka merentasi Jambatan Pulau Pinang sambil mengalas bayi dibelakang badannya.

Menerusi kapsyen yang dinyatakan menerusi posting tersebut, pada awalnya penunggang motosikal itu kelihatan sedang menggalas beg, namun apabila semakin menghampiri lelaki itu, ternyata seorang bayi sedang berada di belakangnya seakan sedang terlena.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna media sosial yang terlihat muat naik itu telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan Facebook sumber.

Rata-rata daripada mereka telah menyuarakan rasa simpati melihat situasi tersebut. Mereka juga sempat mendoakan agar bapa bayi itu mampu memiliki kenderaan yang lebih sesuai untuk membawa anak kecil pada masa akan datang disamping menasihatinya supaya lebih berhati-hati.

Sumber : Penang Kini