Boleh Ke Batalkan Puasa Ganti Wajib Dengan Sengaja? Ramai Orang Yang Tersilap Faham

Sudahpun tutup tirainya bagi bulan Ramadan yang mulia, sepanjang puasa sebulan ini, pasti ada dalam kalangan umat Islam yang mempunyai hutang puasa terutamanya dalam kalangan wanita.

Ada yang disebabkan hamil, menyusukan anak atau haid. Semua itu perlu digantikan kerana ia adalah hutang puasa wajib dengan Allah.

Apabila telah memilih hari untuk berpuasa, seseorang itu perlu berpuasa dengan baik seolah-olah ia berpuasa pada bulan Ramadan. Hal ini kerana, ia adalah puasa wajib yang perlu dilaksanakan hutang puasanya.

Jika berpuasa di bulan Ramadan, seseorang itu tidak boleh berbuka puasa secara sengaja tanpa alasan yang kukuh. Jadi, apabila menggantikan puasa ini, adakah dibolehkan juga untuk membatalkan puasa ini tanpa alasan yang kukuh seperti sakit atau uzur syarie?

Menurut jumhur ulama yang telah menyatakan bahawa tidak boleh membatalkan apa-apa amalan wajib apabila telah mula melakukannya kecuali dengan adanya uzur syarie.

Al-Imam Ibnu Qudamah melalui nukilannya dalam Al-Mughni:

Maksud: “Sesiapa yang telah melakukan puasa wajib seperti puasa qadha Ramadan, nazar muayyan atau mutlaq atau puasa kaffarah. Tidak dibenarkan untuknya membatalkan amalan tersebut. Ini kerana, perbuatan fardu ain wajib untuk ia lakukan. Adapun, yang bukan fardu ain, ia akan menjadi fardu ain apabila telah melakukannya. Ia sama dengan kedudukan fardu ain. Tiada khilaf dalam hal ini.”

(Al-Mughni, 3/60)

Dalam hal ini, wajib ke atas anda untuk menyempurnakan puasa ganti tersebut sehingga ke akhirnya. Hal ini sama dengan puasa wajib yang lain seperti puasa nazar atau kaffarah.

kredit zayan