3 Bahan Semulajadi Dapat Jadikan Bibir Anda Menawan, Pakai Bahan Di Dapur Je!

Penarik utama wajah seseorang itu adalah senyumannya apabila mereka bercakap. Tapi bibir yang kusam dan kering amat menjengkelkan. Jangan risau 3 bahan-bahan ini boleh mengembalikan warna bibir anda supaya kelihatan lebih sihat.

  • Jus lemon

Jus lemon mempunyai keupayaan untuk mencerahkan kulit. Sebelum anda tidur, gosokkan sedikit jus lemon yang segar di bibir anda dan basuh dengan air bersih sebaik sahaja anda bangun keesokan hari itu. Jika ingin lebih berkesan campurkan jus lemon dengan madu.

  • Buah delima

Buah delima mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Ia juga dapat mengembalikan warna bibir anda. Hancurkan biji delima dan campurkan dengan sedikit susu, jadikannya pes. Kemudian gosok pes tersebut itu di bahagian bibir dalam jangka masa dua hingga tiga minit.

  • Ubi kentang

Ubi kentang mempunyai enzim semula jadi yang boleh mengurangkan bahagian gelap pada kulit dan juga parut. Gosok sepotong ubi kentang di bibir anda sebelum tidur. Kemudian gunakan air suam untuk mencuci bibir anda sebaik sahaja bangun daripada tidur keesokan hari.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   5 Cara Nak Hilangkan Bau “Miss V” Secara Semulajadi Dan Tak Merbahaya. Rugi Jika Anda Tak Ambil Tahu!