Kondisi kehidupan di Syria tidak perlu dijelaskan lagi, semua tahu sudah hampir 9 tahun Syria berada dalam kemelut perang saudara. Sepanjang tempoh tersebut juga beratus-ratus ribu pejuang dan orang awam telah terkorban berikutan pengeboman yang tidak henti-henti.
Situasi tersebut menyebabkan kebanyakkan rakyat Syria tidak mempunyai banyak pilihan, sama ada untuk berlari ke negara-negara jiran atau terpaksa hidup dalam keadaan menyedihkan itu.
Sememangnya ketika ini negara tersebut bukanlah tempat yang terbaik untuk kanak-kanak membesar, seperti yang dibuktikan dalam satu perkongsian di Twitter.
Satu video berdurasi 12 saat menunjukkan seorang bapa di Syria dengan anak perempuannya sedang ketawa di hadapan kamera.
Abdullah ve güzel kızı Selva. Yukarıda durumlarını paylaştığım baba kız. Ve yine tekrar eden o kahredici oyun. Anlamak için Arapça bilmenize gerek yok. pic.twitter.com/wUwKAcLzWE
— Mehmet Algan (@alganmehmett) February 16, 2020
Bapa Syria ajar anak untuk ketawa…
Difahamkan bapa yang bernama Mohammad itu mengajar anak perempuannya Salwa yang berusia 4 tahun untuk bermain satu permainan.
Caranya adalah untuk ketawa sekuat mungkin setiap kali bunyi letupan bom. Dalam video yang dikongsikan oleh seorang rakan ahli keluarga bernama Mehmet Algan, kedua beranak itu dilihat ketawa seronok selepas bunyi bom kedengaran berhampiran kawasan mereka.
Menurut Mehmet, keluarga tersebut melarikan diri dari Idlib dan berlindung sementara di sempadan bandar Sarmada.
Bapa kanak-kanak itu terpaksa mengubah situasi buruk itu kepada suasana yang lebih ceria agar kanak-kanak itu tidak menangis dan ketakutan.
Video yang telah ditonton sebanyak hampir 2.5 juta itu membuat rata-rata netizen terharu dengan apa yang dilalui rakyat Syria setiap hari. Malah ada juga yang kagum kerana bapa itu masih dapat bersikap positif dalam situasi seperti itu demi kebahagiaan anaknya.
Sumber: Twitter