Macam kipas siling kat rumah, lepas beberapa guna kipas ‘stand juga akan sampai masa tiba-tiba putarannya jadi perlahan. Walau pun tekan pada kelajuan maksimum tapi putarannya punyalah syahdu. Dengan cuaca kita yang sentiasa panas, mana boleh tahan dengan kipas macam ni.
Jadi mahu tak mahu kena baiki, takkan asyik nak beli baru je kan. Untuk manfaat kita @ lutfyhady berkongsi dengan kita cara baiki kipas yang perlahan ini.
Cara baiki kipas yang dah slow kepada kelajuan asal
Bukak sangkar kipas dan unscrew penutup head dia sampai terbuka penutup depan tu. Cabut telinga sebatang yg bagi kipas teleng dgn stay tu. Macam kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena bukak skru dalam tu.
Buka penutup tadi dan boleh nampak kotak hitam(capasitor).
Ha yang ni kena kita kena pergi kedai hardware elektrik/lampu. Macam saya punya kipas value 1.5 uF(micro-farad). Beli ikut value tu ATAU untuk kipas yg lama sikit boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak, sebab boleh rosak motor long term. Harga benda ni RM4.
Macam ni saya malas nak buka banyak part sebab nak kena bukak pakai nut, penutup besi tu. Memandang kan benda tu dah ada di luar, so saya kerat terus dan solder dgn capasitor baru.
Pakai lah tape plastik hitam untuk wire tu, ni sayapakai apa yang ada saja. Solder dgn timah, semua tu beli kat kedai Eco RM2. Siap semua skru balik mcm asal.
Jadi Kesimpulanya, Apa Yg Kita Buat:-
- Bukak cover head kipas untuk access kapasitor (kotak hitam kecil)
- Replace dia ikut tips kt atas
- Pasang semua balik. Selesai !
8. Pakai lah tape plastik hitam untuk wire tu, ni aku pakai apa yang ada saja. Solder dgn timah tu semua beli kat kedai eco rm2.
9. Siap semua skru balik mcm asal. pic.twitter.com/KRQYYvS995
— PeterParker (@lutfyhady) August 20, 2019
Ok Dah Laju
Ngamm, ni baru no.1 speed. Takda video sebelum, slow macam takda kipas ? Jimat duit dari beli kipas baru dan upah orng baiki min rm30 dan keatas kalau servis dtng rumah.
Sumber:@lutfyhady via vanila kismis