Cara Buat Kek Pelangi Dengan Cepat. Hasilnya Dalam Lembut Tak Keras

  • 5 biji telur
  •  3/4 cawan gula halus
  •  2 cawan tepung gandum +1 sudu teh baking powder – diayak bersama
  •  1 sudu teh baking powder
  •  1 sudu besar ovallete
  •  1 cawan minyak masak
  •  1 cawan susu pekat
  •  1 sudu teh esen vanilla
  •  perasa – pandan/pisang/nenas – ikut citarasa masing2
  •  pewarna yang digemari – biru,merah
  1. Masukkan telur dan gula ke dalam mixer dan pukul hingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan ovalette, esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
  3. Masukkan minyak masak dan perasa yang digemari dan pukul lagi sehingga adunan sebati.
  4. Seterusnya ,masukkan pula tepung gandum serta baking poeder yang telah diayak bersama tadi dan gaul sebati.
  5. Setelah itu, bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna yang disukai pada setiap bahagian. Saya menggunakan pewarna biru,merah.
  6. Sapukan loyang bersama sedikit mentega.
  7. Ambil satu senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah loyang. Kemudian mulakan melapis adunan (seperti marble) berselang seli dengan warna yang ada. Ulang langkah ini sehingga habis.
  8. Akhir sekali, masukkan dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Artikel Berkaitan   Resepi Warisan 1960 Lepat Liat Tok Maneh. Sekali Makan Terimbau Zaman Duduk Kampung Dulu