Cara Buat Lampu Guna Air Garam Dan Air Suam. Boleh Bertahan Selama 8 Jam. Sesuai Kalau Nak Berjimat Atau Camping.

Mungkin masih ada yang pelik dan hairan dengan tajuk cara buat lampu guna garam dan air suam. Ya, hanya dengan menggunakan segelas air suam dan dua sudu garam dapat membuat lampu yang pasti akan menjimatkan tenaga elektrik di rumah anda.


Siapa agaknya yang menciptakan dan mengetengahkan idea kreatif ini? Mungkin seseorang yang bijak dan berfikir bagaimana untuk jimatkan tenaga elektrik selain dapat menjimatkan duit untuk membayar bil dan sebagainya.

Cara Membuat Lampu Guna Garam dan Air Suam

Jom kita tengok bagaimana cara buat lampu guna tenaga garam yang mampu menerangkan kegelapan seperti yang ditunjukkan di bawah untuk setiap langkah-langkah bermula dari awal sehingga akhir.

Mudah bukan? Rupa-rupanya orang yang menciptakan sebuah lampu dengan menggunakan garam dan juga air suam ini datangnya daripada Filipina. Mereka terdiri daripada tiga orang bersaudara.

Kerana penciptaan litar ini juga tiga adik-beradik ini telah pun memenangi berbagai anugerah di peringkat antarabangsa selepas menciptakan lampu garam yang mampu bertahan dan terang selama 8 jam lamanya.

Sumber: Era.fm