Cara Buat Sambal Belimbing Buluh Dengan Sempurna, Boleh Simpan Lama

Jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.


HASIL1 HidanganMASA PENYEDIAAN35 minitMASA MEMASAK45 minitJUMLAH MASA1 jam 20 minit

  •  1/2 kg cawan belimbing buluh segar
  •  1/2 kg cawan cili padi – ikut kepedasan masing2
  •  2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
  •  6 ulas bawang merah ( 3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis )
  •  2 sudu besar kicap manis
  •  2 sudu besar kicap masin
  •  garam & gula secukup rasa
  •  1 cawan minyak masak
  1. Masukkan belimbing buluh dalam periuk tanpa air dan renehkan dengan api yang kecil sehingga belimbing buluh mengeluarkan airnya sendiri dan mengecut.
  2. Pastikan anda teruskan mengacau setiap 2 minit sehingga air belimbing kering dan belimbing bertukar menjadi warna gelap.
  3. Kemudian,tumbukkan cili padi,3 ulas bawang merah (3 ulas lagi dihiris nipis), ikan bilis,belimbing buluh sehingga separa lumat.
  4. Panaskan minyak masak dalam kuali.
  5. Tumiskan bawang yang dihiris (3 ulas lagi dihiris nipis) sehingga wangi.
  6. Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi sekaligus dan tumislah sehingga bahan2 tersebut nampak agak kering dan garing.
  7. Kemudian,tambahkan kicap manis,kicap masin, garam serta gula secukup rasa.
  8. Biarkan sambal kering sedikit seperti serunding. Bila dah garing tutupkan api dan sejatkan dengan menggunakan penapis santan untuk toskan minyak.
  9. Sambal ini boleh disimpan lama dan boleh buat banyak2 untuk simpan stok.