Cara Buat Ayam Masak Merah, Rasa Macam Makan Kat Kenduri Kahwin

Sambal ayam merah merupakan lauk yang cukup simple untuk para suri rumah atau yang baru berjinak dengan dunia masakan. Sesuai untuk dijadikan lauk untuk makan tengahari serta dijadikan lauk untuk dihidang bersama nasi minyak,nasi beriani ketika majlis kahwin atau pun hidangan hari raya.

HASIL1 HidanganMASA PENYEDIAAN10 minitMASA MEMASAK35 minitJUMLAH MASA45 minit

  •  1 ekor ayam – dipotong kecil atau mengikut citarasa masing2
  •  4 biji bawang besar – dikisar
  •  8 biji bawang putih – dikisar
  •  1 inci halia – dikisar
  •  4-5 sudu besar cili kisar
  •  2 biji bawang besar – dimayang
  •  2 batang serai – diketuk
  •  3 sudu besar sos tomato dan 3 sudu besar sos cili
  •  Garam dan gula secukup rasa
  •  sedikit serbuk kunyit untuk menggoreng ayam
  1. Ayam yang dipotong kecil digaul dengan serbuk kunyit serta garam dan gigoreng hingga separa masak.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak berlainan dalam kuali.
  4. Masukkan bahan yang dikisar serta serai dan tumiskan sehingga wangi.
  5. Kemudian, masukkan pula cili kisar dan tumiskan lagi sehingga cili betul2 masak dan naik minyak.
  6. Seterusnya, masukkan pula sedikit air, sos tomato, sos cili, garam serta gula.
  7. Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan ayam yang telah digoreng.
  8. Sedia untuk dihidang.

Artikel Berkaitan   Ayam Masak Kicap Berempah Padu Untuk Resepi Malam Ini