Cara Mudah Jimat Beras, Kerak Nasi Pon Takda, Tak Payah Penat Nak Basuh Periuk, Jirus Air Je Settle

Selalunya bila masak nasi dalam jumlah yang sikit akan ada kerak, kadang-kadang sampai separuh terutama bila biarkan nasi yang dah kering atas dapur agak lama.

Kan membazir macam ni, lepas tu kena sental pulak kerak.

Supaya tak perlu nak membazir dan menyental boleh ikut cara yang dikongsi oleh Amalina Aziz. Sesuai untuk korang yang makan nasi sikit atau rumah tak ramai orang. Langkahnya seperti berikut;

  1. Basuh beras

Mula-mula, ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.

  1. Masukkan air secukupnya

Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.

Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.

  1. Isikan air dalam periuk rice cooker

Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.

  1. Masak macam biasa

Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.
Wah, Cantik Kejadiannya!

Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan? 

Selamat mencuba !

Sumber: Amalina Aziz