Cara Mudah Masak Bihun Sup Tulang Utara. Ikut Jerr Resepi Ni Pasti Menjadi

Bila tengok bihun masakan orang utara ni mesti lain dari yang lain kerana bihun mesti warna kuningkan..haaa baru nak bertambah selera nak makan kena pulak dengan sup tulang lagi lah bertambah keinginan nak makan tuh.


Nak masak resepi bihun tulang utara ni tak susah sangat sesiapa pun boleh buat cuma kena tahu resepinya sahaja, selebihnya ikut jerr follow step by step insya Allah korang boleh merasa sendiri aroma dan kelazatan bihun sup tulang utara.


Sesiapa nak cuba boleh ikut resepi ini yang dikongsikan oleh Zaina Talib sangat mudah dan membantu menyediakan masakan bihun sup tulang utara. Simple dan sedap.

Bahan – Bahan Untuk Buat Bihun Sup Tulang Utara

1 peket bihun
1 sudu kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..
Bahan – Bahan Untuk Sup Tulang Utara

1kilo tulang dicampur sedikit daging
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Udara secukupnya
Masukkan Semua Bahan Bahan Didalam Periuk..

Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..
lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup…kalau taknak buat pon tak apa..
Bahan – Bahan Untuk Buat Cabai Merah

Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.


Bahan2 Sampingan Untuk Dimakan Bersama Bihun

Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Selamat mencuba. Resepi Bihun Sup Tulang Utara..cabainya merah..bihunnya kuning. wow..sedapppp…

Kredit: Zaini Talib Via Rahsia Rumah Tangga