Cara Buat Sendiri Ikan Pekasam Sedap Dan Terjamin Kebersihannya

Jom cuba buat Ikan Pekasam homemade! Menu ni sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bila tiada selera, lauk pekasam ini biasanya mampu membuatkan kita makan dengan penuh semangat.


RencahRasaPlus : Korang Ada Akaun Shopee? Jom Follow Min Di Shopee. 3 Follower Bertuah Akan Menang RM100 Setiap Minggu. Klik Sini : menangrm1000.co/bertuah
Ramai beranggapan, ikan pekasam ni susah untuk dihasilkan. Tapi mudah sahaja cara pembuatannya. Menerusi perkongsian saudari Aniey Rohani Abu Iban, beliau mengajar cara-cara penghasilan Pekasam Ikan Gelama yang sangat mudah. Jom cuba.

Resepi Ikan Pekasam Homemade

Bahan-Bahan:

7-8 ekor ikan gelama – boleh juga guna ikan sungai
½ cawan garam halus
Beras secukupnya
Garam halus secukupnya – untuk tabur selepas disalut beras
2-3 keping asam gelugur
Cara Membuat:

1. Siang dan bersihkan ikan. Gaul dengan ½ cawan garam halus dan masukkan ke dalam bekas berpenutup. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk ( bahagian bawah) semalaman.


2. Sangai beras dengan api sederhana. Jumlahnya agak-agak cukup untuk salut ikan. Beras tidak perlu basuh.


3. Sangai beras hingga coklat kekuningan. Sejukkan seketika.


4. Tumbuk beras yang disangai tadi. Boleh juga guna pengisar kering.


5. Jangan kisar terlalu halus. Kisar agak-agak kasar supaya bila goreng ada rasa tekstur rangup.


6. Ikan yang diperap semalaman, dibuang airnya. Susun ikan satu lapisan dan taburkan beras dan garamhalus secukupnya. Susun lagi ikan pada lapisan kedua dan tabur lagi beras dan garam. Ulang langkah hingga ikan habis disalut dengan beras.


7. Ambil asam keping dan selitkan di celah-celah ikan.


8. Tutup bekas rapat-rapat. Simpan ikan pekasam dalam peti sejuk ( bahagian tidak beku). Peram selama 1-2 minggu sebelum digoreng.


9. Selepas 1-2 minggu di bahagian tidak beku, boleh alihkan ikan ke bahagian sejukbeku supaya tahan lama. Untuk memasaknya, boleh biarkan di luar peti sejuk sebelum digoreng.

Info Tambahan: Selain ikan gelama, anda juga boleh menggunakan ikan-ikan air tawar yang lain.

Kredit resepi & foto: Aniey Rohani Abu Iban Via Rasa