Cara Nak Pastikan Supaya Tepung Tidak Hapak Dan Boleh Simpan Lama

Pernah tak anda alami masalah tepung gandum yang disimpan berbau hapak? Kekadang kita sendiri tak ingat dah berapa lama tepung tu tersimpan. Tapi bila kita nak guna jer baru terperasan tepung tu berbau semacam..huhu..

Haa… ini dia petua yang orang tua che petua ajar supaya tepung gandum yang disimpan tak akan berbau hapak hatta disimpan seribu tahun sekalipun.. chewah..

Petua Simpan Tepung Gandum Supaya Tidak Berbau Hapak

Caranya mudah saja iaitu dengan memasukkan beberapa ketul arang yang telah dibungkus dengan kain bersih ke dalam bekas simpanan tepung tu.

Dengan cara ini, tepung yang disimpan tidak akan berbau hapak walaupun disimpan lama kerana bau hapak tu akan diserap atau dineutralkan oleh arang tersebut.

P/s: Masa nak buat kuih atau cekodok ker jangan lak pergi masukkan dengan bungkusan kain berisi arang tu.. Nanti tak pasal-pasal ada yang tersilap telan kuih arang lak…hihi..

Artikel Berkaitan   Ketumbuhan [email protected]*Ra, , Gastrik, Melawas Kencing, Rambut Gugur Insyallah Sembuh Dengan Daun Semangkuk