80% Kajian Tepat, Ini Kaedah Terbaru Kesan [email protected] Kita Dalam Tempoh 10 Tahun Pakai Darah Sahaja

Satu ujian darah yang dijalankan oleh sekumpulan saintis kini berjaya meramalkan risiko kematian anda dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ujian darah adalah salah satu prosedur biasa yang dijalankan ketika pemeriksaan kesihatan, bertujuan bagi memberi maklumat kesihatan kepada doktor atau pegawai penyelidik.

Namun, sekumpulan saintis dari Nature Communications, Max Planck Institute for Biology of Ageing di Jerman telah menjumpai kaedah bagi meramal risiko kematian seseorang dalam tempoh 10 tahun, sehingga ketepatan 80 peratus tepat.

Tujuan utama penyelidikkan ini adalah bagi memberi amaran kepada mereka yang lebih berisiko seperti mereka yang mengalami penyakit yang boleh membawa maut.

Sebanyak 44,168 sampel darah telah dikaji, dengan julat usia 18 hingga 109 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang kesihatan. Daripada jumlah ini, 5,512 daripada mereka telah meninggal dunia, membolehkan penyelidik membuat kajian keatas penanda bio masing-masing.

Sumber: Elite Readers

Artikel Berkaitan   Cara Nak Basuh Baju Yang Terkena Karat Degil. “Mula-Mula Tak Percaya, Tapi Kesan Dia Wow!”