Chin Lahir Di Gua Musang, Kelulusan Kejuruteraan Di Luar Negara, Nekad Teruskan Tanam Betik Dan Raih Pendapatan Lumayan

GUA MUSANG: Seorang pemuda memilih kerjaya sebagai petani di kampung halaman biarpun mempunyai kelulusan kejuruteraan dari universiti luar negara.

Graduan Universiti Taiwan, Chin Pau Meng, 31 tahun, mengusahakan tanaman betik sekaki dan sayur-sayuran di kebunnya di Kampung Batu Papan, di sini.

Katanya, dia pada mulanya bekerja selama dua tahun di Taiwan dalam pembuatan tenaga solar selepas menamatkan pengajian selama tiga tahun di universiti tersebut.

Namun, minatnya mula berubah apabila pulang ke kampung halaman selepas melihat keadaan kebun pisang ayahnya, Chin Hon Son, 67 tahun, yang musnah diserang penyakit.

Kejadian itu menyebabkan Pau Meng nekad menjadi petani sepenuh masa apabila mula mengusahakan lebih 500 pokok betik sekaki di atas tanah seluas 0.8 hektar sejak tahun lalu.

Tanaman betik sekaki di kebun Chin Pau Meng. Astro AWANI

Selain itu, dia juga mengusahakan tanaman sayur-sayuran seperti kacang panjang, bendi dan terung di atas tanah seluas 2 hektar.

Kini, usahanya membuahkan hasil apabila selepas lapan bulan dia dapat memungut hasil betik sekaki sehingga 800 kilogram seminggu.

Pau Meng turut memasarkan buah betik sekaki ke Kuala Lumpur.

Chin Pau Meng mengusahakan lebih 500 pokok betik sekaki di atas tanah seluas 0.8 hektar sejak tahun lalu. Astro AWANI


Sementara itu, Penolong Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Gua Musang, Alias Muhammad berkata, tanaman betik sekaki sememangnya berpotensi untuk dikomersialkan dan memberi pulangan lumayan.

Katanya, betik sekaki atau nama saintifiknya Carica Papaya merupakan sejenis varieti betik paling popular di negara ini.

Chin Pau Meng turut memasarkan buah betik sekaki ke Kuala Lumpur. Astro AWANI

Artikel Berkaitan   Hapuskan Rumput Liar Di Halaman, Guna Cuka & Sabun Pencuci Saja! Jimat Sangat!