- Ramai yang meminta saya mengulas dakwaan-dakwaan si fulanah yang kebelakangan ini kerap menyerang Nabi SAW kita yang tercinta.
Jawapan saya, tidak perlulah saya menjawab secara ilmiah panjang lebar kerana ia merupakan tohmahan-tohmahan lapuk para orientalis dan golongan anti-hadis yang sejak dahulu kerap menjadi modal mereka “menjatuhkan” Nabi SAW sekaliguskan meranapkan kedudukan sunnah sebagai sumber syariat.
Keduanya, tohmahan dan dakwaan tersebut langsung tidak ilmiah atau berlandaskan fakta yang kukuh melainkan persepsi dan prejudis yang timbul hasil dari kelompongan disiplin ilmu pendakwanya.
- Cukuplah sebagai jawapan ringkas saya:
- a) Katanya: “Apabila perkahwinan Nabi dengan kanak-kanak menjadi isu, tiba-tiba Aisyah berusia 18 tahun ketika dinikahi Nabi”.
Saya katakan:
Sejak bila tiba-tiba jadi begitu? Si fulanah tidak tahukah tentang perbahasan khilaf yang berlandaskan fakta masing-masing?
Patutlah ulama kata: “Siapa yang tidak mengerti tentang khilaf, tidak mencium bau fiqh”!
Pihak yang berpandangan umurnya belasan tahun sememangnya telah berpandangan sedemikian kerana hujah-hujah yang mereka miliki. Sedangkan saya sendiri umpamanya tidak pernah bersetuju umur Aisyah RA sebagaimana pandangan tersebut berdasarkan fakta-fakta yang saya miliki dan saya lihat lebih kukuh! Sejak bila tiba-tiba berubah??