Pertandingan Makin Popular Bawa Pasangan Sambil Lari, Ramai Terhibur, Wanita Tak Boleh Lebih Dari 50 KG

Wife-Carrying Contest atau Pertandingan Mendukung Isteri telah diadakan di England sejak 13 tahun lalu.

Sukan yang bermula di Sonkajärvi, Finland ini memerlukan berat minima isteri tak kurang dari 50kg dan jika berat isteri tidak mencukupi, pasangan itu perlu membawa guni beban sebagai tambahan.

Objektif mudah permainan itu adalah peserta lelaki perlu membawa pasangan mereka melalui trek halangan yang disediakan dalam masa yang paling cepat.

Peserta juga dibenarkan untuk membawa pasangan masing-masing dengan pelbagai cara seperti bridal carry (dukung pengantin)piggy-back (dukung belakang)shoulder-ride (dukung bahu) dan fireman’s carry (dukung bomba).

Paling popular adalah cara Estonian Hold iaitu si isteri akan tergantung dibelakang pasangannya dengan kaki berpaut pada bahu peserta lelaki.

Baru-baru ini,  berpuluh pasangan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tahunan ke-13 sukan itu di England. Pemenang akan membawa pulang satu tong minuman ale bernilai £150 (RM805.46), selain satu paun sosej kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian.

Ada sesiapa lagi nak join?

Sumber: Daily Mail

Artikel Berkaitan   “Wah Memang Pikachu” Kena Puji Melambung Tinggi Kucing Ni Jadi Popular Gara-Gara Bulunya “Bertukar” Jadi Kuning