Dapat 2K Shares FB Dalam 3 Jam, Ini Resepi Sambal Ikan Bilis Turun Temurun Paling Original

Masakan jenis sambal tumis pastinya akan menaikkan selera sesiap sahaja tidak kira masa. Antara lauk yang sesuai untuk dimasak sebegini adalah menggunakan ikan bilis. Mudah, cepat dan sedap dimakan adalah faktor utama juadah ini tidak lapuk ditelan zaman. Oleh itu, satu perkongsian di laman Facebook dimana wanita ini mengamalkan cara masakan sambal tumis ikan bilis secara turun temurun dan mendapat ‘shares’ sebanyak dua ribu dalam masa 3 jam!


RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS TURUN TEMURUN

Assalam semua warga MAHN. Ok rentetan posting semalam dr sahabat Kak Koi Cikgu Zazo Mohammad, tak sangka ramai sgt yg like ramai sgt yg share resepi sambal bilis warisan dr arwah mak mertua Kak Koi. Orang kampung panggil MAK ANJANG ZAIMAH. Ok dgn ikhlas dan rela hati Kak Koi share ORIGINAL RECEPI utk panduan semua. Dulu pernah share resepi ni kt page ni tp dah bertahun sudah yg anak Kak Koi masak sambal bilis ni. Ramai pgl dia Chef Iyrfan .

Ada yg tanya sambal ni manis ke, gula banyak mana. Gini la senang kan, kita yg masak so kita sendiri yg adjust manis dia, masin dia kan. Tp wajib dlm resepi ni ada gula karamel dan gula melaka.

  1. SAMBAL YG SEDAP DAN BETUL-BETUL MASAK MESTI WARNA MERAHNYA AGAK PEKAT, BKN WARNA MERAH CERAH.
  2. SAMBAL MASAK BILA MINYAK NAIK KE ATAS.
  3. PERLU RENIHKAN SAMBAL LPS DAH MASUK SEMUA BAHAN SEBELUM TUTUP API.
  4. PERLU BETUL-BETUL MASAK SUPAYA TAK SAKIT PERUT (mak mertua cakap )
  5. SAMBAL BILIS INI BOLEH FROZENKAN DAN TAHAN BERBULAN LAMANYA BILA CUKUP MASAK.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

So sape nak resepi ni Kak Koi halalkan dan mohon doakn Kak Koi dipermudahkan segala urusan & murah rezeki yer. Arwah mak mertua Kak Koi mmg lejen bab sambal bilis ni. So inilah resepi yg sebenar yer :-

1.Cili kering dalam 2 genggam
2.Bawang besar 2 biji
3.Bawang putih 3 ulas besar
– sume ni blend dgn sedikit air & letak sesudu minyak masak –

Lps tu panaskan minyak sampai keluar asap sikit-sikit. Tumis sesudu gula pasir UNTUK JADIKAN GULA HANGUS / KARAMEL & terus kacau laju-laju sampai jd coklat (WARNA KARAMEL), terus masukkn cili blend tadi.

Kacau sampai naik minyak dan garing, masukkn ikan bilis (Kak Koi suka ikan bilis mata biru Sabah..selalu kirim dengan kawan yang balik sana) + bawang besar 2 biji hiris lebar-lebar sikit.

#edit IKAN BILIS TAK PERLU GORENG YERR. LPS CUCI TU BIAR JE. TGU TURN DIA NAK MASUK DLM SAMBAL hahahaa. NANTI LEMBUT JE BILIS DOK DENDIAM DLM SAMBAL TU.

Kacau sampai sebati, masukkn air sama paras dengan ikan bilis dan bawang tadi..kecikkan sikit api biar dia merenih..

Bila nampk dia macam nak mengering sikit, masukkan air asam jawa, garam 1 sudu kecil (ikut suka masin), sedikit serbuk perasa (jika suka) serta 1/4 potongan gula melaka atau gula kabung atau gula nise (orang kelantan panggil). Sambal perlu manis sikit yer. Kalau tak nak manis tu bukan sambal bilis Kak Koi dah hahahaaa. Buh la gula pasir dalam 2 sudu besar atau lebih ikut suka. Tak nak pun takpe. Adjust ikut selera masing-masing.

Kacau lagi sampai semua larut. Ingat masa ni api jangan besar yer. Pastu kalau nampk kering sangat, masukkan sikit air panas.. biar dia macam berkuah sket.

Tunggu sampai naik minyak merahh jekk..besarkn api..kacau balikkan..terus tutup api.Siap!

Sumber : Koi Salz Eimas