
Orang perempuan ni selalu tidur lambat untuk setelkan kerja rumah, ada tu yang bawa pulak kerja dari pejabat untuk buat di rumah.
Hasilnya terjadilah mata lebam, hitam sekitar mata atau orang panggil mata panda. Masalah ini kalau yang terjadi memang sudah nak hilang.
Tapi ada banyak petua yang boleh kita guna untuk bantu kurangkan masalah ini. Cuma keberkesananya belum tentu lagi.
Bagi korang yang mungkin dah cuba macam-macam petua tapi tak berjaya mungkin boleh cuba cara yang dikongsi oleh Aisyah Badar Bajrai ini pula.
Mengalami masalah yang sama, dia menghasilkan sendiri serum untuk mengatasi masalah dark circle sekitar mata. Bestnya selepas macam-macam petua diguna, ini satu-satunya cara yang berkesan buat dirinya. So korang pun boleh cuba.
Dark circle liat nak hilang
Kalau orang lain ada masalah kulit jerawat, Aisyah pulak masalah dark circle. Lagi sekarang selalu tidur lambat, lagi menjadi jadi la dark circle ni.
Memacam petua Aisyah dah try tuk hilangkan dark circle ni. Orang cakap pakai timun, Aisyah pakai timun. Orang cakap pakai kentang, Aisyah pakai kentang. Tapi dark circle Aisyah ni liat naa, still tak kurang sampai la Aisyah jumpe satu petua ni.
Aisyah dah try memacam petua tuk hilangkan dark circle, and serum ni masuk dalam carta top 2 paling best. Yang buat dia double best, dia guna 2 bahan jek. Memang simple sangat.??
Guna 2 bahan saja untuk buat serum
Ok, jom tengok bahan and cara buat serum ni.
- 2 sudu besar gel aloe vera
- 2 kapsul minyak vitamin E
Cara membuat
- Gunting softgel vitamin E, pastu masukkan minysk tu dalam aloe vera dan kacau rata-rata. Nanti aloe vera korang akan jadi kaler putih macam dalam gambar tu tau.
- Cara pakai serum ni senang jek. Korang amik calit sikit kat jari pastu sapu lembut-lembut kat bawah mata dengan kelopak mata. Pastu biarkan jek. Tak yah basuh okey. Pakai 2 kali sehari.
- Tapi kalau dark circle korang kategori nazak sampai orang tak dapat beza mata korang dengan mata panda. Korang wajib konsisten pakai at least 2 minggu. Baru nampak kesan.
Share petua ni dengan kengkawan korang yang ada mata panda tau. Mana tau petua ni berkesan tuk dorang.
Sumber: Aisyah Badar Bajrai