“Dia Keluar Kereta Lepas Itu Cabut Penutup Tingkap Saya. Dia Tampar, Saya Sepak.” Bergaduh Ini Tengah Jalan “Jammed”, Selesai Saling Bermaafan

RAUB – “Alhamdulilah, selesai pertemuan empat mata. Kami saling mohon maaf dan selesaikan cara baik.” Itu kata-kata seorang individu setelah klip video pergaduhannya dengan pengguna jalan raya tular di laman sosial, semalam.


Menerusi Twitter, @shazmiejo turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memudahkan urusan berkenaan.

“Yang baik datang daripada ALLAH, yang kurang juga daripada ALLAH atas kelemahan saya,” katanya.

Semalam, @shazmiejo mendedahkan bagaimana pergaduhan itu berlaku hingga mengakibatkan kedua belah pihak saling pukul-memukul.

“Saya nak masuk jalan utama dari jalan simpang. Masa tu ‘jammed’. Yang perempuan ini pandu tak bagi saya masuk jalan, lepas itu hon sampai sudah. Akhirnya saya mengalah, saya bagi dia masuk dan saya hon balik.

“Dia keluar kereta lepas itu cabut penutup tingkap saya. Dia tampar, saya sepak.” katanya.

Sebelum ini, klip video durasi 43 saat dimuat naik pelayar Twitter @ikmalzaid mendapat perhatian netizen gara-gara pergaduhan yang menyebabkan kesesakan hingga encetuskan kemarahan pengguna jalan raya dari Raub ke Bentong.

Tangkap layar Twitter @shazmiejo.

Klip video mendapat lebih sejuta tontonan itu memaparkan pergaduhan antara dua individu yang pada asalnya sekadar bergaduh mulut, namun berlarutan apabila secara tiba-tiba, seorang wanita datang ke arah pemandu kereta Honda dan menamparnya.

Berang dengan tindakan wanita itu, pemandu kereta honda membalas dengan menendang wanita terbabit hingga mengakibatkan keadaan menjadi lebih tegang.

Terkejut dengan tindakan lelaki tersebut, suami wanita dan rakannya terus memukul lelaki itu hingga mengeruhkan keadaan.

Bagaimanapun, pergaduhan itu berjaya diselesaikan secara berhemah dan rata-rata netizen menyokong usaha sedemikian.

“Saya percaya pada peluang. Maafkan mereka. Selesai cara baik dah. Moga dipermudah urusan dua-dua pihak,” kata @HermyRahim

Kata @Elyshatasha, “Minta maaf dekat pengguna jalan raya juga, kesian mereka nak kena tunggu kamu semua habis gaduh. Sudahlah penat hadap ‘jam’ bertambah pula gaduh tengah jalan.”

@dancingpuppets3 memberitahu, “Memaafkan itu bukan mudah, sama dengan mengaku kalah tapi yang tampil ke depan untuk bersemuka itulah pemenang sebab setan akan kalah dengan sifat kasih, sayang dan pemaaf. Jangan terkesan sangat dengan sarung, sebab dalaman kita semua sama.”