Dilanda Penyakit Ini, Seorang Wanita Gian Shopping Online Tanpa Disedari Sudah Habis RM16,080

Parasomnia, sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu melakukan pelbagai aktiviti pada waktu tidur dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Itu yang terjadi pada seorang wanita di London ini apabila beliau telah menghabiskan £3,000 (RM16,080) untuk membeli sejumlah barangan dalam talian semasa dia masih dalam keadaan tidur.

Wanita berkenaan telah membeli rumah permainan Wendy, set sukan bola keranjang, gula-gula Haribo, balang biskut, cat, bekas simpanan garam dan lada hitam, dua buah peti sejuk, meja dan beberapa naskah buku.

Beliau dilaporkan menghidap penyakit itu kira-kira 7 tahun lalu selepas melahirkan anak pertamanya.

“Saya tidak perlu meletakkan maklumat kad kredit ketika melakukan pembelian dalam talian kerana ia disimpan dalam telefon saya. Semuanya dilakukan dengan sentuhan,” katanya.

Pelbagai cara sudah dilakukan bagi mengelakkan dia membeli belah ketika sedang tidur, seperti mengunci semua pintu, menyorokkan telefon bimbit, dan banyak lagi, namun semua itu gagal.

Sumber: Daily Mail