Disebabkan Terlalu Miskin, Penduduk Negara Ini Buat Biskut Lumpur Campur Garam Dan Marjerin

Dikenali sebagai negara paling miskin, Haiti terpaksa menggunakan lumpur sebagai sumber makanan mereka.

Haiti pernah dilanda bencana gempa bumi besar pada 2010, menyebabkan kebanyakkan daripada rakyat dinegara ini terpaksa merempat.

Menurut Press TV, masalah ekonomi negara ini sangat teruk dan rakyatnya menjadi terlalu miskin, hingga ada yang membuat kek daripada lumpur kering untuk meneruskan hidup.

“Lumpur ini juga kami gunakan untuk buat pinggan, rantai, sabun, krim dan serbuk bedak,” kata seorang warga Haiti yang ditemu ramah Press TV.
“Mereka memakannya seperti anda makan roti, bagi mereka ia sama sahaja,” Lesly Guillaume jurucakap WHP Haiti.

Kek lumpur berkenaan juga dijadikan ubat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit oleh orang tempatan.

Artikel Berkaitan   Serangga Yang Paling Ditakuti Oleh Rakyat Amer1ka Bakal Menetas Selepas 17 Tahun “Menghilang”