Aiskrim tersebut dijual oleh seorang wanita dinegara tersebut, Mara del Carmen Pilapana, dan dikenali dengan nama aiskrim cuy.
Cuy merupakan hidangan tradisional penduduk Amerika Latin termasuk negara Columbia, Peru dan Bolivia. Ia merupakan hidangan tikus belanda yang dimasak bersama kentang dan sos kacang.
Mendapat ilham daripada hidangan ini, Pilapana mencuba sesuatu yang baru iaitu dengan menjadikan daging tikus belanda sebagai bahan asas untuk aiskrim.
“Keluarga dan suami saya sendiri menganggap saya gila. Mereka tidak fikir sesiapa pun akan sukakan aiskrim ini tetapi sekarang ia produk kami yang paling laris,” kata Pilapina.
Ada yang berani nak cuba ke?