Empat pejuang keamanan melakonkan kejadian pembunuhan dan pengambilan organ pengamal Falun Gong oleh Parti Komunis China di perhimpunan yang disertai ribuan pengamal Falun Gong di Taiwan pada 23 April 2006. (PATRICK LIN / AFP / Getty Images)
“Dia masih berdarah, dan masih lagi hidup,” kata doktor China, Enver Tohti, kepada panel pakar di Ireland mengenai kekejaman yang berlaku di China di mana organ dalaman tahanan tidak bersalah diambil untuk mengaut keuntungan.
Sumber: youtube
Jawatankuasa Bersama mengenai Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, dan Pertahanan mendengarkan bukti yang dikemukakan oleh para pakar penuaian organ, termasuk David Matas dan Ethan Gutmann yang telah dicalonkan bagi Hadiah Keamanan Nobel untuk kerja-kerja penyiasatan mereka di China.
Panel itu menyenaraikan satu siri cadangan pada jawatankuasa itu, termasuk menggesa kerajaan untuk mengharamkan ‘pelancongan organ’ – sebuah perniagaan yang disalah gunakan oleh China, di mana ramai orang akan ke luar negara untuk melakukan pemindahan organ.
Tubuh utama mangsa pemindahan organ ini adalah dari pengamal Falun Gong – amalan meditasi tradisional yang menekankan prinsip utama seperti sejati, baik dan sabar. Parti Komunis China mula melakukan penindasan berdarah terhadap golongan ini pada tahun 1999 hingga ke hari ini.
Sumber: Youtube
Beratus-ratus ribu pengamal Falun Gong terdedah kepada ancaman pemindahan organ secara haram, hal ini disebabkan rangkaian kem buruh di seluruh China yang besar, di mana mereka mungkin dimasukkan ke dalam senarai pengekstrakan organ bila-bila masa sahaja.
Sumber: tuidang
Dr Tohti berkata beliau pernah melakukan operasi penuaian organ pada tahun 1990-an dan menganggap dia melakukan tugasnya untuk “menghapuskan musuh negara.”
Dia juga menceritakan bagaimana dalam masyarakat China, di bawah pemerintahan komunis, mereka menjadi hamba yang sepenuhnya diprogramkan dan bersedia memenuhi semua tugas tanpa banyak soal dan fikir.
Pada tahun 1995, beliau berkata dua ketua pakar bedah meminta beliau untuk menyediakan satu pasukan untuk melakukan “pembedahan terbesar” pada keesokan harinya.
Tohti dan pasukannya dibawa ke luar hospital dan diminta menunggu tembakan dilakukan.
“Setelah tembakan terdengar, kami bergegas masuk. Seorang pegawai bersenjata mengarahkan kami ke sudut sebelah kanan , di mana saya dapat melihat seorang lelaki berpakaian awam berbaring di atas tanah dengan luka terkena peluru di dada kanannya,” kata Tohti.
Kemudian dia berkata ketua pakar bedah memerintahkan dan membimbingnya untuk mengeluarkan hati dan dua buah ginjal. “Lelaki itu masih hidup,” katanya. Lelaki yang cedera cuba melawan tetapi terlalu lemah.
Setelah nama pesakit dicatatkan pada senarai pemindahan organ, pihak tersebut biasanya dikehendaki menunggu selama berbulan-bulan malah ramai yang menunggu bertahun-tahun bergantung kepada jenis organ, ia merupakan proses yang normal di kebanyakkan negara.
Namun, apa yang ditemui pakar adalah bahawa, di China, organ boleh didapati dalam beberapa hari ataupun beberapa minggu sahaja.
Sumber: Youtube
Salah satu faktor pemacu yang mendorong pemerdagangan ‘pelancongan organ’ ini adalah kerana permintaan yang tinggi.
Tohti menyifatkan sifat pemerdagangan organ di China, ialah “bekalan tanpa had” dan “pemindahan jantung anda didahulukan.”
Pemeriksaan kesihatan yang dipaksa untuk mendapatkan data badan untuk pengekstrakan organ
Sumber: Youtube
Tohti juga menyebutkan laporan terkini pemeriksaan kesihatan nasional di wilayah Xinjiang untuk “meningkatkan kualiti hidup masyarakat Uyghurs.”
“Kami mengesyaki bahawa PKC sedang membina pangkalan data nasional untuk pemerdagangan organ,” katanya. Uyghurs adalah minoriti etnik muslim yang juga disasarkan oleh PKC untuk tujuan ini.
Gutmann dan Matas mendapati bahawa di China terdapat antara “60,000 hingga 100,000 pemindahan setiap tahun” dalam hampir 700 halaman laporan yang diterbitkan tahun lalu pada bulan Jun.
Kredit: Era Baru