MANILA – Ribuan penduduk diarah berpindah selepas sebuah gunung berapi berhampiran ibu negara Filipina memuntahkan debu ke ruang udara.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina merekodkan pergerakan magma ke arah kawah Taal, salah sebuah gunung berapi paling aktif di negara itu yang terletak kira-kira 65 kilometer (km) di selatan Manila.
“Ia boleh meningkatkan kemungkinan letusan yang boleh berlaku dalam beberapa hari atau minggu sekiranya aktiviti tersebut berterusan,” kata ketua institut itu, Renato Solidum.
Katanya, kali terakhir gunung berapi Taal meletus adalah pada 1977.
Difahamkan, debu setinggi setinggi 1km boleh dilihat dan beberapa gegaran dapat dirasai di sekitar gunung berapi yang terkenal dalam kalangan pelancong kerana pemandangannya yang indah.