“Eh Lambat, Tepi Sikit” – Kucing Tolong Budak Buka Pintu Ini Raih Perhatian Netizen

Mempunyai haiwan peliharaan di rumah sudah pasti akan kita jaga seperti anak sendiri

Bukan setakat mandikan mereka, berikan makanan dan penjagaan yang sempurna. Haiwan peliharaan seperti kucing, arnab dan lain-lain sudah menjadi seperti anggota keluarga kita.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan gelagat seekor kucing yang menolong budak perempuan membuka pintu telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jamaluddinnani

♬ Dj BonBon Remix – || •

Kucing selamba ketepikan tangan budak itu dan buka tombol pintu

Menerusi video berkenaan, kelihatan seekor kucing dan seorang budak perempuan sedang berada di depan pintu.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak itu dilihat ingin keluar dan membuka pintu. Namun, tombol yang dipegang itu bukan tombol untuk membuka pintu. Lebih melucukan lagi apabila seekor kucing dilihat terus mengetepikan tangan budak itu lalu membuka pintu.

“Kucing be like, kau tepi biar aku buat” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 170K tanda suka dan 3K komen di TikTok itu, rata-rata netizen turut terhibur dengan gegalat kucing yang bijak itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

 

Bijaknya meow tu, kesian adik tu nak buka pintu dari tadi tak dapat-dapat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:SAYS

Artikel Berkaitan   Ibu Muda Pasang IUD Tapi Rezeki HamiI Lagi, Anak Baru Umur 2 Bulan